Liberalisme Di Indonesia, Peringatan Untuk Malaysia
Posted by Muhammad Irfan on Sunday, December 22, 2013 with No comments
Liberalisme di Indonesia telah sebati, ia disebarkan tanpa suara atau bunyi, meresap jauh di dalam diri.
1) Tiada sensitiviti. Di Indonesia, masalah utama mereka adalah
ketidakupayaan untuk melihat masalah sebagai masalah. Akibat
liberalisasi (keterbukaan dalam konteks agama), pergaulan antara lelaki
dan perempuan adalah di luar batasan.
2) Contoh ketara, tempat mengambil wudu’ di sana ada bercampur antara
lelaki dan perempuan. Di mana tempat wudu’ lelaki di situ juga tempat
wudu’ perempuan. Bahasa mudah, lelaki boleh melihat perempuan yg sedang
berwudu’ dan begitu juga sebaliknya. Jika ada pengasingan tempat wudu’
pun, tempatnya masih terbuka dan masih boleh dilihat.
3) Pencairan akidah, ramai di kalangan mereka yang tidak bertudung
namun masih bersolat di masjid. Biar ada yang mungkin berpendapat,
mereka bagus kerana tetap menunaikan solat walaupun tidak bertudung.
Namun dari sudut yang lain, ini menggambarkan rendahnya nilai agama bagi
mereka. Agama itu adalah ritual semata-mata bukan implimentasi
keseluruhan kehidupan, selektif hanya di masjid. Nilai maruah seseorang
yang sebenar adalah bagaimana dia mengangkat nilai agama, jika rendah
nilai agama, rendah juga nilai maruah mereka.
Masjid Istiqlal terletak berhadapan dengan Gereja Katedral di Jakarta. |
4) Perkara 1, 2 dan 3 boleh dilihat di Masjid Istiqlal (masjid
terbesar yang terletak di Jakarta). Bayangkan di musolla dan
masjid-masjid lain di sana dengan keadaan serupa. Sambil tidak menafikan
ada juga yang masih menjaga adab dan pergaulan di dalam masjid.
5) Hanya tak sampai 50 meter di hadapan Masjid Istiqlal adalah
terletaknya gereja terbesar di Jakarta. Paling menarik keluar sahaja
pintu utama masjid sudah boleh nampak gereja.
6) Kedua-dua bangunan itu, gereja dan masjid mempunyai perkataan
‘Allah’ pada dinding bangunan masing-masing. (Mungkin sangkaan generasi
muda di sana “Boleh sembah mana-mana, gereja atau masjid, Allah juga)
7) Masalah sosial pula boleh diklasifikasikan kronik. Malam minggu di
Jogjakarta remaja melepak di tepi-tepi jalan (lelaki perempuan
berpelukan, memasang musik, dan berhibur). Di Bandung, malam minggu
adalah malam ‘berpacaran’, boleh nampak pasangan duduk berdua secara
terbuka tanpa ada rasa malu.
8) Golongan sedikit berusia masih gigih mencari makan, mengayuh beca,
menjual makanan, dan membuat apa sahaja pekerjaan asalkan dapat sedikit
duit untuk menyara keluarga. Orang tua mencari duit, golongan muda-mudi
berpeleseran membuang duit.
Saya menghabiskan masa-masa di Indonesia dengan sebuah buku bertajuk
‘Islam dan Liberalisasi’ di tangan, sambil cuba mencari rasionaliti isu
liberalisasi di Indonesia secara realiti. Sejak pertengahan kurun ke-19
telah ada usaha-usaha kolektif Jaringan Islam Liberal (JIL) di
Indonesia, dan hari ini, ia membuahkan hasil. Ideologi liberalisme
semakin subur di sana. Kalau kita masih bersangka baik dengan
“liberalisasi”, Malaysia akan menyusul seperti apa yang Indonesia lalui
hari ini. Wallahualam.
@http://pembinarcmp.net/
0 comments:
Post a Comment