Uang Kertas Baru Malaysia
Posted by Muhammad Irfan on Tuesday, October 02, 2012 with No comments
Wang kertas baru yang akan mula
digunakan pada Isnin ini dilengkapi dengan teknologi terkini. Antara
teknologi baru itu adalah termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang
telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan
dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan
petak kilat berwarna.
Wang kertas baru 2012 ini
bertemakan “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu
itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam
semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan
juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan
untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan. Siri wang kertas
baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas
RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer
digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Bank Negara menggalakkan semua
syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk
menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang
kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas
sedia ada yang kekal sah.
@http://www.ammboi.com
Categories: MALINDO
0 comments:
Post a Comment