Lagu Kebangsaan Singapura "Majulah Singapura"

Posted by Muhammad Irfan on Thursday, October 18, 2012 with No comments


Majulah Singapura adalah lagu kebangsaan Singapura yang digubah pada tahun 1957 oleh Encik Zubir Said (1907-1987).
Apabila Majlis Bandar Singapura ditubuhkan pada tahun 1957, ia memerlukan sebuah lagu tema untuk membuka upacara-upacara rasmi. Zubir Said, seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu diminta untuk menggubah sebuah lagu patriotik berdasarkan kekata "Majulah Singapura" yang terdapat di Panggung Victoria. Lagu ini pertama kali didendangkan oleh orkestra Singapore Chamber Ensemble pada tahun 1958 sempena pembukaan semula Panggung Victoria yang baru sahaja menjalani kerja ubah suai.
Pada Jun 1959, Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri. Ia memerlukan sebuah lagu untuk menandakan kuasa autonomi yang baru dikecapi dari British. 'Majulah Singapura' didapati lagu yang paling sesuai dan dipilih oleh Dewan Perundangan pada November 1959 sebagai lagu kebangsaan Singapura yang baru. Ia dilancarkan secara rasmi pada Disember 1959 semasa "Minggu Kesetiaan", bersamaan dengan perlantikan Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, Encik Yusof bin Ishak. Apabila Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia pada 1963, lagu "Negaraku" berkumandang di negara itu. Setelah ia berpisah dari Malaysia pada 1965, 'Majulah Singapura' dikembalikan sebagai lagu kebangsaan.
Rakyat Singapura yang telah hidup sebelum dan setelah Singapura merdeka boleh dikatakan telah menyanyikan empat buah lagu kebangsaan sepanjang hayat mereka, "God save the King/Queen" (British), "Kimigayo" (Jepun), "Negaraku" (Malaysia) dan "Majulah Singapura".



LIRIK DALAM BAHASA MELAYU

Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura

Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura


 Terjemahan dalam bahsa asing
 Lagu Majulah Singapura" secara resmi menjadi lagu kebangsaan Singapura. Menurut hukum, lagu ini hanya boleh dinyanyikan dalam lirik Melayu-nya.


Inggeris
Come, fellow Singaporeans
Let us progress towards happiness together
May our noble aspiration bring
Singapore success
Come, let us unite
In a new spirit
Together we proclaim
Onward Singapore
Onward Singapore
Cina
来吧,新加坡人民,
让我们共同向幸福迈进;
我们崇高的理想,
要使新加坡成功。
来吧,让我们以新的精神,
团结在一起;
我们齐声欢呼:
前进吧,新加坡!
前进吧,新加坡!
Tamil
சிங்கப்பூர் மக்கள் நாம்
செல்வொம் மகிழ்வை நோக்கியே
சிங்கப்பூரின் வெற்றிதான்
சிறந்த நம் நாட்டமே
ஒன்றிணைவோம் அனைவரும்
ஓங்கிடும் புத்துணர்வுடன்
முழுங்குவோம் ஒன்றித்தே
முன்னேறட்டும் சிங்கப்பூர்
முன்னேறட்டும் சிங்கப்பூர்



@ http://wikipedia.org 
     http://www.youtube.com
Categories: ,